Tuesday, December 9, 2008

TITIAN PERJALANAN



Bukan mudah untuk meraih kerjaya yang diidam.... walau segulung ijazah telah kumiliki... namun kugagahi diri mencari rezeki halal tanpa mengira gaji yang diterima... Saban hari kutabahkan diri melalui cabaran dan dugaan hidup... kutegaskan diri belajar untuk ikhlas bekerja walaupun sukar pada mulanya....

Bukan mudah untuk kutempatkan diri di kalangan rakan sekerja yang bermacam ragam... Adakalanya menyakitkan hati namun kusabarkan diri... Kerana perasaan marah tidak akan membawaku ke mana-mana....

Bukan mudah untuk mencari teman yang memahami diri dalam mengharungi cabaran kehidupan ini....

Sesungguhnya setiap masa yang berlalu mengajar aku erti sebuah pengalaman...yang takkan dapat kuulangi lagi...Agar aku lebih tabah pada masa akan datang.....

Monday, November 10, 2008

RAHMAT ILAHI

Tanggal 27hb Ogos 2008 yang lalu genaplah usia perkahwinanku yang ke-3 tahun, walau tanpa kehadiran cahaya mata,aku bersyukur kerana kehadiran suamiku sudah cukup membakar semangat untuk kuteruskan perjuangan hidup....

Tahun pertama perkahwinan kulalui dengan pelbagai dugaan, namun semua itu tidaklah sehangat pertanyaan yang manganggu fikiran.... Bila nak dapat baby??? Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa peritnya perasaan tika itu.

Sesungguhnya Rahmat Ilahi amatlah besar walau tanpa cahaya mata aku masih dapat merasai kasih sayang seorang anak iaitu anak saudaraku yang diberi nama Mohd Haiqal... Betapa gembiranya kami sekeluarga menerima kehadiran Haiqal pada tanggal 28hb Februari 2007. Dialah cucu lelaki pertama dalam keluarga kami....... Pengubat rindu pada arwah adik lelakiku yang bongsu...Entah bila pula giliran aku dan adikku yang keempat menimang cahaya mata kami.... Tuhan saja yang tahu..




Panggilan Mama oleh Haiqal membuatku terharu... ianya satu Rahmat besar buatku tatkala dia memangilku... Ma....Ma....Ma.... begitulah rengeknya tatkala aku pulang dari kerja lantas meminta aku mendukungnya...




Kini usia Haiqal mencecah satu tahun sembilan bulan, aku terharu dan gembira melihat telatahnya yang adakalanya manja, riang dan nakal.... dia juga sudah pandai mengusikku...taktala itu aku terasa amat mengantuk... aku mengajaknya tidur di sebelahku....sedang aku seakan lena..tiba-tiba aku terdengar suara tangisan Haiqal.. aku segera bangkit dan menoleh ke arahnya...aku cuba mengeleteknya...dia tertawa kuat...hem....dia kenakan aku dengan pura-pura nangis....

Sunday, November 2, 2008

SEHARUM KASIHMU



Duhai Bonda,
Kasihmu harum bak sekuntum bunga,
Tiada taranya,
Belaianmu seputih salju,

Duhai Bonda,
Kasihmu umpama lautan
terbentang luas,
Menatang anakmu penuh manja,

Duhai Bonda,
Betapa besarnya pengorbananmu,
Pada aku... anakmu,
Yang terkadang leka padamu,
Alpa akan pengorbananmu
selama ini.....

Monday, September 29, 2008

Kenangan Bersamamu



Sahabatku,
terima kasih atas segalanya,
Dikau hadir tika aku suka dan duka,

sahabatku,
kini dikau di perantauan,
bersama suami dan cahaya mata tersayang,

Sahabatku,
Kugembira melihat kebahagiaanmu,

Sahabatku,
Semoga kehadiran Lebaran ini
akan menghapus kerinduanku padamu,

Thursday, September 25, 2008

Syawal Tahun Ini



Ramadan akan berakhir tidak lama lagi.... Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, setiap kali Syawal menjelma tatkala lagu raya berkumandang aku pasti menumpahkan airmata... sedangkan umat islam yang lain ceria menantikan kedatangan syawal...Ada satu perasaan yang menusuk kalbu sehinggakan aku merasakan aku tidak mahu meraikan lebaran.......

Alhamdullilah tahun ini, perasaan itu tiada lagi... mungkin juga tahun ini aku akan meraikan lebaran bersama-sama keluarga tersayang... Tambahan pula inilah kali pertama aku meraikan bersama-sama adik-adikku setelah 3 thn beraya di rumah mertua ....

Adik.... akak rindu kt adik.... terasa lama sgt akak tak ziarah pusara adik....Maafkan akak ye... Moga tahun ini akak dapat ziarah adik ye!

Tuesday, September 23, 2008

Family Day at Desaru Damai Beach Resort

Bestnya masa ni......







Indahnya pemandangan tak jemu mata memandang.....Subhanallah..Indahnya Ciptaan-Mu Ya Allah









Thursday, September 18, 2008

Mencari Ketenangan



Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayahmu agar aku dapat dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang....

Friday, September 12, 2008

Nasihat Kehidupan


--------------------------------------------------------------------------------
Renungkanlah : -

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

www.iluvislam.com
oleh : everjihad

Wednesday, September 10, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.



Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


www.iLuvislam.com
oleh : zatyrainz

Kemuliaan

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Dolphinku Sayang....













Monday, September 8, 2008

Hati

Tatkala Mata Terbuka Lagi
www.iluvislam.com
oleh: afdhal87


Setiap bangun tidur dan membuka mata,yang terucap adalah kalimat syukur bahwa Allah masih mengizinkan diri ini kembali melihat fajar.Merasai hembusan angin bayu pagi yang menerobos celah jendela dan menjumpai semua yang semalam terlihat sebelum mata terpejam masih seperti sedia kala, tidak ada yang berubah.

Kemudian melangkahlah dengan iringan doa di gerbang mungil menuju arena perjuangan kehidupan,dengan tuntutan-Nya lah diri ini tak melangkah ke jalan yang salah,tak menjamah yang bukan hak,tak melihat yang dilarang,tak memamah yang tidak halal,tak mendengar yang batil,dan tak banyak melakukan sia-sia.Kerana setiap waktu yang terlewat pasti akan ditagih tanggunjawabnya.Lantaran semua jalan yang dilalui akan diminta kesaksiannya atas diri ini dan sebab seluruh indera ini akan diminta bicara tentang apa-apa yang pernah tercipta.

Hari ini, masih ada lali terbuat.Masih juga lengah sehingga khilaf tercipta.Mesti segunung peringatan pernah didengar,mulut ini masih terselit berucap dusta,saringan telinga ini tetap tak mampu membendung suara-suara melena lalaikan dan masih saja ada perbuatan yang salah,walau itu dalam bingkai alpa.Padahal,di setiap terminal ruhiyah.Sedikitnya 5kali sehari lidah ini berucap,tangan ini tertengadah dan mata ini menitikkan butir bening,seraya memohon perlindungan dari Allah dijauhkan dari salah dan dosa.Tetapi, masih juga langkah ini menuju arah yang sesat.

Setiap hari menangis, setiap hari meminta ampunan,setiap hari mencipta dosa,esok sibuk bersujud,meluluhkan air mata,menyusun kalimah doa,mengayam pinta smeoga Allah menghapusnya,bahkan kadang lupa.Padahal,bias saja sedetik kemudian diri ini tak lagi sempat memohon ampunan.Lupakah bahawa waktu sangat cepat berlalu.Lupakah pula bahawa menyesal di akhirat hanyalah kesiaan yang nyata?

Bagaimana jika hari esok tak pernah datang, padahal baru saja seharian ini berenang di lautan dosa,padahal belum sempat menghapus noda hari ini , kelmarin,seminggu yang lalu,setahun lalu dan bertahun-tahun yang lalu.Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata diri ini setelah sepanjang malam terlelap? Bagaimana jika perjumpaan dan canda riang bersama keluarga semalam adalah yang terakhir kalinya,ketika esok harinya ruh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad ini yang terbujur kaku berkafan putih..

Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat, tak seperti biasanya dari timur? Padahal hari ini lupa menyebut nama-Nya.Padahal di hari ini,belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga,kerabat,sahabat,tetangga dan orang-orang yang pernah tersakiti oleh lidah dan tindakan kita.Sudah terlalu lama tak mencium kaki orang tua mencari keredhaannya,walau tak terhitung salah diri.Belum lagi sempat berderma,setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan.

Dan jika memang esok tak pernah datang.Sungguh celakalah diri ini.Benar-benar celaka, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup,bila belum mendengar ungkapan maaf dari orang-orang yang pernah terzalimi,bila belum menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain,bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan khilafnya yamg tercipta.

Maka saat pagi Allah masih memperkenalkan diri menikmati fajar ,mulaikan hari dengan kalimat
“Terima Kasih Allah”

“Terima Kasih Allah”

“Terima Kasih Allah”

Semoga kita semua beroleh keampunan dari ilahi atas segala kesilapan dan kejahilan kita sepanjang hidup bernama manusia..

Wallahualam

Friday, September 5, 2008

Thursday, September 4, 2008

Dalam kenangan

Masa berlalu begitu pantas, memori semalam bersama teman-teman sepejabat..... seorang demi seorang beredar mengikut peredaran waktu.....




cute

Subhanallah...


Wednesday, September 3, 2008

Hari Yang Indah

Pagi ini cuaca agak cerah...... tapi tak lama hujan turun semula.... sejuknya. Alhamdullilah lepas tu panas semula.... Kuharapkan dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang......

Tuesday, September 2, 2008

Ramadan Al Mubarak


Ramadan Datang Lagi....

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian (Bediuzzaman Said Nursi)


Diriwayatkan oleh Bukhari dari ‘Aisyah bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam besabda yang bemaksud : "Carilah dengan segala daya upaya malam lailatul qadar di malam-malam ganjil dari sepuluhan yang akhir dari bulan Ramadhan".

Syg mama

Bulatnya pipi dia...



Hari-hari yang kulalui akan sepi tanpamu...Haiqal


Comelnya.....



Friday, August 29, 2008

Diari hidupku

Kehidupan yang kulalui amat perit..... tetapi hari-hari yang kulalui mengajarku erti kesabaran, kesyukuran dan segala macam rasa. Ada yang pahit, Ada yang manis.... Walau sepahit mana pun, sebuah kehidupan itu perlu diteruskan dengan penuh keyakinan bahawa tidak semua yang pahit itu akan pahit selamanya.

Kutabahkan dan kugagahi diri walau diri dibelenggu airmata, ku bermohon pada-Mu agar aku diberi kekuatan untuk menjalani setiap dugaan-Mu. Hanya pada-Mu ku berserah dan pasrah segalanya.