Tuesday, December 9, 2008

TITIAN PERJALANAN



Bukan mudah untuk meraih kerjaya yang diidam.... walau segulung ijazah telah kumiliki... namun kugagahi diri mencari rezeki halal tanpa mengira gaji yang diterima... Saban hari kutabahkan diri melalui cabaran dan dugaan hidup... kutegaskan diri belajar untuk ikhlas bekerja walaupun sukar pada mulanya....

Bukan mudah untuk kutempatkan diri di kalangan rakan sekerja yang bermacam ragam... Adakalanya menyakitkan hati namun kusabarkan diri... Kerana perasaan marah tidak akan membawaku ke mana-mana....

Bukan mudah untuk mencari teman yang memahami diri dalam mengharungi cabaran kehidupan ini....

Sesungguhnya setiap masa yang berlalu mengajar aku erti sebuah pengalaman...yang takkan dapat kuulangi lagi...Agar aku lebih tabah pada masa akan datang.....