Monday, November 10, 2008

RAHMAT ILAHI

Tanggal 27hb Ogos 2008 yang lalu genaplah usia perkahwinanku yang ke-3 tahun, walau tanpa kehadiran cahaya mata,aku bersyukur kerana kehadiran suamiku sudah cukup membakar semangat untuk kuteruskan perjuangan hidup....

Tahun pertama perkahwinan kulalui dengan pelbagai dugaan, namun semua itu tidaklah sehangat pertanyaan yang manganggu fikiran.... Bila nak dapat baby??? Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa peritnya perasaan tika itu.

Sesungguhnya Rahmat Ilahi amatlah besar walau tanpa cahaya mata aku masih dapat merasai kasih sayang seorang anak iaitu anak saudaraku yang diberi nama Mohd Haiqal... Betapa gembiranya kami sekeluarga menerima kehadiran Haiqal pada tanggal 28hb Februari 2007. Dialah cucu lelaki pertama dalam keluarga kami....... Pengubat rindu pada arwah adik lelakiku yang bongsu...Entah bila pula giliran aku dan adikku yang keempat menimang cahaya mata kami.... Tuhan saja yang tahu..




Panggilan Mama oleh Haiqal membuatku terharu... ianya satu Rahmat besar buatku tatkala dia memangilku... Ma....Ma....Ma.... begitulah rengeknya tatkala aku pulang dari kerja lantas meminta aku mendukungnya...




Kini usia Haiqal mencecah satu tahun sembilan bulan, aku terharu dan gembira melihat telatahnya yang adakalanya manja, riang dan nakal.... dia juga sudah pandai mengusikku...taktala itu aku terasa amat mengantuk... aku mengajaknya tidur di sebelahku....sedang aku seakan lena..tiba-tiba aku terdengar suara tangisan Haiqal.. aku segera bangkit dan menoleh ke arahnya...aku cuba mengeleteknya...dia tertawa kuat...hem....dia kenakan aku dengan pura-pura nangis....

Sunday, November 2, 2008

SEHARUM KASIHMU



Duhai Bonda,
Kasihmu harum bak sekuntum bunga,
Tiada taranya,
Belaianmu seputih salju,

Duhai Bonda,
Kasihmu umpama lautan
terbentang luas,
Menatang anakmu penuh manja,

Duhai Bonda,
Betapa besarnya pengorbananmu,
Pada aku... anakmu,
Yang terkadang leka padamu,
Alpa akan pengorbananmu
selama ini.....