Wednesday, April 8, 2009

MASA BERLALU



Tahun 2009 kini telah menginjak ke bulan April....lebih kurang 3 minggu lagi genaplah usiaku 31 tahun...Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagiku kerana tahun ini aku mencari kerja baru dalam keadaan kegawatan ekonomi....memang cabaran yang besar buatku tambahan pula aku berazam untuk mencapai impianku yang selama ini tak kesampaian....

Tahun ini aku akan melangkahkan kaki mengusahakan sesuatu untuk mencari kedamaian dan ketenangan-Mu...menabur bakti pada tanah dan mahkluk yang lainnya....memerah keringat untuk mencapai kepuasan yang tak terhingga banyaknya....semuanya dari-Mu Ya Allah....hanya masa akan menentukan segala usahaku itu.....

Tuesday, December 9, 2008

TITIAN PERJALANAN



Bukan mudah untuk meraih kerjaya yang diidam.... walau segulung ijazah telah kumiliki... namun kugagahi diri mencari rezeki halal tanpa mengira gaji yang diterima... Saban hari kutabahkan diri melalui cabaran dan dugaan hidup... kutegaskan diri belajar untuk ikhlas bekerja walaupun sukar pada mulanya....

Bukan mudah untuk kutempatkan diri di kalangan rakan sekerja yang bermacam ragam... Adakalanya menyakitkan hati namun kusabarkan diri... Kerana perasaan marah tidak akan membawaku ke mana-mana....

Bukan mudah untuk mencari teman yang memahami diri dalam mengharungi cabaran kehidupan ini....

Sesungguhnya setiap masa yang berlalu mengajar aku erti sebuah pengalaman...yang takkan dapat kuulangi lagi...Agar aku lebih tabah pada masa akan datang.....

Monday, November 10, 2008

RAHMAT ILAHI

Tanggal 27hb Ogos 2008 yang lalu genaplah usia perkahwinanku yang ke-3 tahun, walau tanpa kehadiran cahaya mata,aku bersyukur kerana kehadiran suamiku sudah cukup membakar semangat untuk kuteruskan perjuangan hidup....

Tahun pertama perkahwinan kulalui dengan pelbagai dugaan, namun semua itu tidaklah sehangat pertanyaan yang manganggu fikiran.... Bila nak dapat baby??? Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa peritnya perasaan tika itu.

Sesungguhnya Rahmat Ilahi amatlah besar walau tanpa cahaya mata aku masih dapat merasai kasih sayang seorang anak iaitu anak saudaraku yang diberi nama Mohd Haiqal... Betapa gembiranya kami sekeluarga menerima kehadiran Haiqal pada tanggal 28hb Februari 2007. Dialah cucu lelaki pertama dalam keluarga kami....... Pengubat rindu pada arwah adik lelakiku yang bongsu...Entah bila pula giliran aku dan adikku yang keempat menimang cahaya mata kami.... Tuhan saja yang tahu..




Panggilan Mama oleh Haiqal membuatku terharu... ianya satu Rahmat besar buatku tatkala dia memangilku... Ma....Ma....Ma.... begitulah rengeknya tatkala aku pulang dari kerja lantas meminta aku mendukungnya...




Kini usia Haiqal mencecah satu tahun sembilan bulan, aku terharu dan gembira melihat telatahnya yang adakalanya manja, riang dan nakal.... dia juga sudah pandai mengusikku...taktala itu aku terasa amat mengantuk... aku mengajaknya tidur di sebelahku....sedang aku seakan lena..tiba-tiba aku terdengar suara tangisan Haiqal.. aku segera bangkit dan menoleh ke arahnya...aku cuba mengeleteknya...dia tertawa kuat...hem....dia kenakan aku dengan pura-pura nangis....

Sunday, November 2, 2008

SEHARUM KASIHMU



Duhai Bonda,
Kasihmu harum bak sekuntum bunga,
Tiada taranya,
Belaianmu seputih salju,

Duhai Bonda,
Kasihmu umpama lautan
terbentang luas,
Menatang anakmu penuh manja,

Duhai Bonda,
Betapa besarnya pengorbananmu,
Pada aku... anakmu,
Yang terkadang leka padamu,
Alpa akan pengorbananmu
selama ini.....

Monday, September 29, 2008

Kenangan Bersamamu



Sahabatku,
terima kasih atas segalanya,
Dikau hadir tika aku suka dan duka,

sahabatku,
kini dikau di perantauan,
bersama suami dan cahaya mata tersayang,

Sahabatku,
Kugembira melihat kebahagiaanmu,

Sahabatku,
Semoga kehadiran Lebaran ini
akan menghapus kerinduanku padamu,

Thursday, September 25, 2008

Syawal Tahun Ini



Ramadan akan berakhir tidak lama lagi.... Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, setiap kali Syawal menjelma tatkala lagu raya berkumandang aku pasti menumpahkan airmata... sedangkan umat islam yang lain ceria menantikan kedatangan syawal...Ada satu perasaan yang menusuk kalbu sehinggakan aku merasakan aku tidak mahu meraikan lebaran.......

Alhamdullilah tahun ini, perasaan itu tiada lagi... mungkin juga tahun ini aku akan meraikan lebaran bersama-sama keluarga tersayang... Tambahan pula inilah kali pertama aku meraikan bersama-sama adik-adikku setelah 3 thn beraya di rumah mertua ....

Adik.... akak rindu kt adik.... terasa lama sgt akak tak ziarah pusara adik....Maafkan akak ye... Moga tahun ini akak dapat ziarah adik ye!