Tuesday, May 10, 2011



Hari-hari yang kulalui kini agak tenang walaupun adakalanya kenangan lalu mengimbau kembali... Aku harus tabahkan hati ini untuk melangkah lebih jauh demi mencapai impianku yang terkubur selama ini... Yang penting untuk menjaga hati kedua orang tua yang pernah kulukakan sebelum ini...

Lagu-lagu Maher Zain yang kuputar berulangkali seperti InsyaAllah, Thank You & The Rest of My Life seakan memberi nafas baru kepadaku agar tidak terlalu cepat berputus asa kerana walau apa jua keadaan hanya Allah tempat kita memohon pertolongan....

Thursday, December 30, 2010

REUNION FORM 6

Hari yang dinanti tiba jua.... penantian selama 13 tahun untuk bertemu kembali rakan2 seperjuangan.. Yang datang hanya seramai 10 orang yang lain masing-masing ada hal. Seronok dapat jumpa rakan2 terutama yang dah berhijrah ke Kuala Lumpur.. masing2 dah berkeluarga..

Semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini...








Terima kasih Cikgu Japri kerana sudi hadir dalam pertemuan ini... jasamu dikenang






Thanks Ahmad sebab dapat rakam gambar2 ni...


Sunday, July 19, 2009

SI KEMBAR





Alhamdulillah tanggal 17/7/2009 adikku slmt melahirkan anak kembar lelaki, buat masa ni si adik dh balik ke rumah cuma si abg yg kena tahan lagi dalam wad. Harap2 dpt la si abg keluar cepat mungkin si adik tak sabar2 tunggu si abg pulang.


Ni kali kedua adikku menjalani pembedahan bersalin, melihatkan dia terisak-isak menangis petang semalam, terfikir pulak aku macamana keadaan aku nanti kalau satu hari nanti aku ditakdirkan mengandung dan bersalin...apakah aku kuat untuk menahan segala kesakitan masa itu???? Hanya mereka yang dah bergelar ibu saja tahu macamana perasaannya....


Melihatkan anak saudaraku ni geram pulak rasanya sgt comel...walaupun beratnya hanya 2.4kg tak seberat abang sulungnya Haiqal 3.6kg...gementar pun ada sebab terlalu kecil rasanya bila di pangkuan....tapi aku kn biasakan juga mana tau dlm masa terdekat ni aku akan dpt bayi aku sendiri.. nt dh tak kekok lg.



Mohamad Hafiz





Mohamad Hariz







hmm Hafiz kecil sikit drp Hariz...si Hariz mmg makin bulat mmg kuat menyusu berbanding Hafiz... Tapi yang paling memeriahkan suasana apabila kedua-duanya menangis serentak nak susu...dh bg susu badan masih merengek lg...nah bg lak susu botol...itupn kekkdg tak cukup lg....hem...nmpk gayanya la klau camni tgk je sebulan dua lg...Hafiz dan Hariz montellah...

Yang tak tahannya bila si abg (Haiqal) datang cium dah tu ditekan2 perut adiknya kekadang nk minta dukung adiknya....mulalah kitaorg menjerit minta dia jgn kacau adik2nya...

Tuesday, July 14, 2009

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Pada 4/7/09 - 6/7/09 aku bersama suami & keluarganya bercuti ke Pulau Tioman...memang satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila pun...terutama bila berada di samping suami...


Aku dan suami mandi mandi bersama anak2 sedara




mandi beramai2 seronok!!!!

Kami menginap di Panuba Inn, chalet yg berwarna-warni menggamit perasaan ditambah dgn pemandangan bukit-bukau dan air laut yg kehijau-hijauan...






cantik pemandangan kt sana

Walaupun hanya bbrp hari di sana aku sempat jg 'jungle tracking' dgn adik2 iparku...itupn sbb nk cari makan malam tu....dh lama sgt tak mendaki ni tak lah mencabar daki kt Tmn Ng....last aku gi mendaki ni dlm thn 2001 kt Taman Negara Endau-Rompin...mcm2 perasaan ada walhal masa aku nk gi tu lutut ni dh mengigil2 terketar2 sbb sblm tu nak ke chalet ni pn menapak agak tinggi gak...bule gayat gak ar...lebih kurang setengah jam nk gi ke kg sebelah...Alhamdullillah ada byk pilihan sebenarnya tp memandangkan kedai2 yg lain tu takde orgnya...kami singgah kt kat satu kedai ni terus je order makanan dh lapar sesgt masa tu...dahaga pn ye....

Tapi yg paling best masa mandi2 esoknya....tgh2 mandi adale plak mat saleh ambil gmbr ktorg...nk masukan dlm majalah katanya(sempat gak borak2 ngan dia)tp masa mandi tu suamiku dan 2 org adiknya tercedera...ringannya jelah tp yg kesiannya yg sorang ni kn duri landak laut...smpi ke mlm tak hilang sakitnya jln pn terinjut2...yg ruginya akulah tak pandai2 berenang lg...sbb klau tak bule snorkling...airnya yg kehijau-hijauan bule tgk mcm2 khazanah dlm laut tu...aku cuma dpt pakai peralatan snorkling tu je...try gak nk imbangkan bdn tp tak jadi....takut ar...karang tak timbul2....

Pengalaman yang cukup indah ketika berada di sana tapi sedikit tercalar dgn layanan pemilik chalet yg lebih mementingkan mat saleh berbanding org Melayu sendiri walaupun dia sendiri org Melayu....Takkan kulupa juga adegan "sotong2" yg bersidai kt jeti di mlm2 hari2 tu... Bukan sotong yg bule dimakan tu yg aku maksudkan tetapi kerenah 3 org gadis Melayu yg berbaring dgn pakaian yg mendedahkan buah dada (badannya cukup montel) langsung takde perasaan malu tambahan pula ramai pula lelaki2 yg lalu lalang kt situ termasuk kami sekeluarga. Bagi lelaki2 tu seronoklah mereka dpt tgk freeshow malam tu....Aku br saja berseloroh dgn adik2 iparku esok mandi bule tgk freeshow maklumla mat saleh tu mandi biasalah pakaian diorg kan??? Adik iparku menyampuk...hem tak payah tunggu esok, malam ni pn bule, katanya....dlm bbrp minit lps tu beredar jg sotong2 tu...ingat kan nk bersidai lama2 lg...


Dah tiba masa balik

Wednesday, June 17, 2009

HARI INI

Salam....

Hari yang kunanti telah pun berlalu...namun ia terisi dengan ilmu yang padat...Alhamdullillah dapat timba ilmu....Aku amat suka makan kek coklat dan tak terfikir pulak satu hari nanti aku akan buat kek coklat dan Insyallah jika ada rezeki akan dipasarkan...

Suatu hari itu ialah hari-hari yang kulalui kini...aku belajar dengan makcik bergandingan menghasilkan kek coklat almond kami yang pertama...berdebar2 jugalah masa buat....mana tau tak jadi...

Alhamdullillah nilah hasilnya...


Gambar sebelum topping coklat (agak gelap gambarnya)



Kek dah siap dah bule ngap...yum! yum!



Anak sedaraku yang excited potong kek " birthday 2 u " katanya...


Atas permintaan seorang teman aku paparkan juga gambar2 ini...tp tulah tak berapa terang gambarnya...harap maaf!

Wednesday, June 3, 2009

Hari yang kunantikan



Salam semua....

Lama tak mencoret sesuatu dlm blog ni...rindu rasanya...tak sabar rasanya nk tunggu tarikh 6/6/2009...ada apa ngan tarikh tu???? sama2 kt tunggu....harap2 apa yg saya plan ni menjadi itupun dgn izin-Nya....

Terima kasih buat teman2 seperjuangan yg sudi memberi sokongan selama ni...khas ucapan terima kasih buat shikin (dolphin) yg byk menyumbang idea sepanjang perjalanan meniti kehidupan sehari2...thank a lot

Moga ketemu selepas tarikh keramat tu ye!!!!

Wednesday, April 8, 2009

MASA BERLALU



Tahun 2009 kini telah menginjak ke bulan April....lebih kurang 3 minggu lagi genaplah usiaku 31 tahun...Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagiku kerana tahun ini aku mencari kerja baru dalam keadaan kegawatan ekonomi....memang cabaran yang besar buatku tambahan pula aku berazam untuk mencapai impianku yang selama ini tak kesampaian....

Tahun ini aku akan melangkahkan kaki mengusahakan sesuatu untuk mencari kedamaian dan ketenangan-Mu...menabur bakti pada tanah dan mahkluk yang lainnya....memerah keringat untuk mencapai kepuasan yang tak terhingga banyaknya....semuanya dari-Mu Ya Allah....hanya masa akan menentukan segala usahaku itu.....

Tuesday, December 9, 2008

TITIAN PERJALANAN



Bukan mudah untuk meraih kerjaya yang diidam.... walau segulung ijazah telah kumiliki... namun kugagahi diri mencari rezeki halal tanpa mengira gaji yang diterima... Saban hari kutabahkan diri melalui cabaran dan dugaan hidup... kutegaskan diri belajar untuk ikhlas bekerja walaupun sukar pada mulanya....

Bukan mudah untuk kutempatkan diri di kalangan rakan sekerja yang bermacam ragam... Adakalanya menyakitkan hati namun kusabarkan diri... Kerana perasaan marah tidak akan membawaku ke mana-mana....

Bukan mudah untuk mencari teman yang memahami diri dalam mengharungi cabaran kehidupan ini....

Sesungguhnya setiap masa yang berlalu mengajar aku erti sebuah pengalaman...yang takkan dapat kuulangi lagi...Agar aku lebih tabah pada masa akan datang.....

Monday, November 10, 2008

RAHMAT ILAHI

Tanggal 27hb Ogos 2008 yang lalu genaplah usia perkahwinanku yang ke-3 tahun, walau tanpa kehadiran cahaya mata,aku bersyukur kerana kehadiran suamiku sudah cukup membakar semangat untuk kuteruskan perjuangan hidup....

Tahun pertama perkahwinan kulalui dengan pelbagai dugaan, namun semua itu tidaklah sehangat pertanyaan yang manganggu fikiran.... Bila nak dapat baby??? Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa peritnya perasaan tika itu.

Sesungguhnya Rahmat Ilahi amatlah besar walau tanpa cahaya mata aku masih dapat merasai kasih sayang seorang anak iaitu anak saudaraku yang diberi nama Mohd Haiqal... Betapa gembiranya kami sekeluarga menerima kehadiran Haiqal pada tanggal 28hb Februari 2007. Dialah cucu lelaki pertama dalam keluarga kami....... Pengubat rindu pada arwah adik lelakiku yang bongsu...Entah bila pula giliran aku dan adikku yang keempat menimang cahaya mata kami.... Tuhan saja yang tahu..




Panggilan Mama oleh Haiqal membuatku terharu... ianya satu Rahmat besar buatku tatkala dia memangilku... Ma....Ma....Ma.... begitulah rengeknya tatkala aku pulang dari kerja lantas meminta aku mendukungnya...




Kini usia Haiqal mencecah satu tahun sembilan bulan, aku terharu dan gembira melihat telatahnya yang adakalanya manja, riang dan nakal.... dia juga sudah pandai mengusikku...taktala itu aku terasa amat mengantuk... aku mengajaknya tidur di sebelahku....sedang aku seakan lena..tiba-tiba aku terdengar suara tangisan Haiqal.. aku segera bangkit dan menoleh ke arahnya...aku cuba mengeleteknya...dia tertawa kuat...hem....dia kenakan aku dengan pura-pura nangis....

Sunday, November 2, 2008

SEHARUM KASIHMU



Duhai Bonda,
Kasihmu harum bak sekuntum bunga,
Tiada taranya,
Belaianmu seputih salju,

Duhai Bonda,
Kasihmu umpama lautan
terbentang luas,
Menatang anakmu penuh manja,

Duhai Bonda,
Betapa besarnya pengorbananmu,
Pada aku... anakmu,
Yang terkadang leka padamu,
Alpa akan pengorbananmu
selama ini.....

Monday, September 29, 2008

Kenangan Bersamamu



Sahabatku,
terima kasih atas segalanya,
Dikau hadir tika aku suka dan duka,

sahabatku,
kini dikau di perantauan,
bersama suami dan cahaya mata tersayang,

Sahabatku,
Kugembira melihat kebahagiaanmu,

Sahabatku,
Semoga kehadiran Lebaran ini
akan menghapus kerinduanku padamu,

Thursday, September 25, 2008

Syawal Tahun Ini



Ramadan akan berakhir tidak lama lagi.... Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, setiap kali Syawal menjelma tatkala lagu raya berkumandang aku pasti menumpahkan airmata... sedangkan umat islam yang lain ceria menantikan kedatangan syawal...Ada satu perasaan yang menusuk kalbu sehinggakan aku merasakan aku tidak mahu meraikan lebaran.......

Alhamdullilah tahun ini, perasaan itu tiada lagi... mungkin juga tahun ini aku akan meraikan lebaran bersama-sama keluarga tersayang... Tambahan pula inilah kali pertama aku meraikan bersama-sama adik-adikku setelah 3 thn beraya di rumah mertua ....

Adik.... akak rindu kt adik.... terasa lama sgt akak tak ziarah pusara adik....Maafkan akak ye... Moga tahun ini akak dapat ziarah adik ye!

Tuesday, September 23, 2008

Family Day at Desaru Damai Beach Resort

Bestnya masa ni......







Indahnya pemandangan tak jemu mata memandang.....Subhanallah..Indahnya Ciptaan-Mu Ya Allah









Thursday, September 18, 2008

Mencari Ketenangan



Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayahmu agar aku dapat dapat menjalani kehidupan ini dengan tenang....

Friday, September 12, 2008

Nasihat Kehidupan


--------------------------------------------------------------------------------
Renungkanlah : -

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

www.iluvislam.com
oleh : everjihad

Wednesday, September 10, 2008

Di Mana Cantiknya Seorang Wanita?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.



Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


www.iLuvislam.com
oleh : zatyrainz

Kemuliaan

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat- Khalifah Abdul Malik bin Marwan"

Dolphinku Sayang....













Monday, September 8, 2008